Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Just some beautiful quotes:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umar AlKhattab pernah melihat nabi berbaring di atas tikar yang kasar dan dia menangis disebabkan perkara itu. Apabila nabi bertanya mengapa dia menangis, Umar menjawab:

"Wahai utusan Allah, ketika raja-raja tidur di atas tilam yang empuk engkau berbaring di atas tikar yang kasar. Engkau adalah utusan Allah, layak mendapat hidup yang selesa berbanding orang lain."

dengan lembut nabi menjawab:

"Tidakkah engkau setuju, dunia adalah milik mereka dan kemewahan akhirat adalah milik kita."

Kemudian nabi mengumpamakan hidup di dunia ini seperti 'orang yang memasukkan jari telunjuknya ke dalam laut, lihatlah apa yang ia dapat'....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata-kata Abdullah bin Abbas:

"Wahai pelaku dosa, jangan kamu merasa selamat daripada dosa kamu

Ketahuilah, akibat yang mengiringi dosa itu lebih dahsyat daripada dosa itu sendiri.

Sesugguhnya sikap tak malu kamu kepada pencatat yang berada di kanan dan kiri kamu, padahal kamu melakukan dosa, ia tidak kurang daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya ketawa hilai kamu sewaktu melakukan dosa sedangkan kamu tidak tahu apa yang Allah lakukan kepada kamu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya kegembiraan kamu apabila berjaya melakukan dosa adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya ketakutan kamu kepada angin apabila ia mengerakkan kain yang menghalang kamu dilihat orang ketika melakukan maksiat, tetapi hati kamu tak gementar terhadap pandangan Allah kepada kamu, adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Wahai orang yang melakukan dosa,

Adakah kamu tahu, apakah dosa Ayyub a.s. ketika Allah menimpakan ujian bala ke atas tubuh dan hartanya?

Dosanya hanyalah baginda tidak menolong seorang miskin yang meminta pertolongannya untuk menolak kezaliman yang menimpa dirinya (si miskin itu)."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepuk dada. Tanya iman.

Wallahu'alam....Allah knows best.