Assalamualaikum...

Here's a beautiful story about one woman who devoted great love to Allah and Allah granted her the reward of no other woman on earth possess..

Her name is Maryam binti 'Imran. I wrote the following article for the Remembrance of AlQuds day (R.O.Q) and its obviously in Malay..do continue reading...


Marilah kita menyusuri kisah seorang wanita Bani Israel yang mendapat kemuliaan di sisi Allah. Wanita agung ini diberi nama Maryam binti ‘Imran.
LATAR BELAKANG
Ibunya bernama Hannah bt Faqud, salah seorang ahli ibadah yang zuhud pada zamannya, manakala ayahnya bernama ‘Imran b Basyim, seorang ahli pemuka Bani Israel. Suatu hari ketika Maryam belum dilahirkan, ibunya melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya dengan paruhnya, lalu dia bernazar bahawa sekiranya Allah mengurniakan seorang anak kepadanya, dia akan menjadikan anaknya pelayan di Baitul Maqdis untuk mengabdi kepada agama Allah (seperti dalam Surah Ali ‘Imran, 3: 35). Pada zaman itu ramai orang berebut untuk menjadi pelayan di rumah suci itu.
Setelah Maryam dilahirkan dan di hibahkan kepada Baitul Maqdis, berlakulah perselisihan antara ahli ibadah akan siapa penjaga kepada bayi itu. Penyelesaiannya adalah dengan mengundi. Masing-masing ahli ibadah menyerahkan pena dan mengumpulkan pena-pena tersebut. Setelah itu, seorang anak kecik disuruh mengambil salah satunya. Akhirnya, pena Nabi Zakariyya yang dipilih sebanyak tiga kali. Untuk kali yang seterusnya, pena-pena tersebut diletakkan dalam air. Pena-pena selain Nabi Zakariyya hanyut, maka dengan yang demikian jelaslah bahawa Nabi Zakariyya yang berhak ke atas Maryam.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (Muhammad); padahal kamu tidak hadir beserta mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa. [Ali ‘Imran, 3:44]
KELAHIRAN AJAIB
Suatu hari Maryam keluar berjalan menuju ke arah timur Masjid Aqsa kerana ada urusan penting. Dicatatkan bahawa Maryam hanya akan keluar dari masjid ketika haid dan juga untuk urusan penting. Tiba-tiba mejelma Jibrail sebagai manusia untuk mengkhabarkan kepada Maryam mengenai khabar gembira bahawa Allah akan memberikan seorang anak lelaki suci kepadanya. Kisah ini tercatat dalam AlQuran: [Maryam, 19:16-22]
Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam AlQuran, iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa.” Ia (Jibril) berkata: “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak lelaki suci. Maryam berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak lelaki sedangkan seorang manusia pun tidak pernah menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina.” Jibril berkata “Demikianlah, Tuhanmu berfirman: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan agar Kami dapat menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu aalah suatu perkara yang sudah diutuskan.” Maka maryam mengandungnya, lalu ia menyendiri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
Orang pertama yang mengetahui hal kehamilan Maryam ialah Yusuf an-Najjar seorang ahli ibadah Bani Israel yang juga adalah saudara sepupu Maryam. Pada suatu hari Yusuf datang menemui Maryam dan bertanya
“Maryam mungkinkah ada tumbuhan tanpa benih?”
“ Ya ada. Siapakah yang menciptakan tumbuhan sebelumnya sebelum ada biji?” Maryam bertanya balik.
“Mungkinkah ada anak lahir tanpa sentuhan seorang lelaki?”
“Ya mengapa tidak. Allah menciptakan Adam tanpa lelaki dan perempuan sebelumnya”.
“Ceritakanlah kepadaku kisah yang menimpamu”
“Sesungguhnya Allah memberi kabar gembira kepadaku dengan lahirnya seorang anak bernama al-Masih, ‘Isa bin Maryam yang mulia di dunia dah akhirat, serta termasuk di antara hamba soleh yang dekat kepada Allah. Seorang yang mampu berbicara ketika masih bayi dan ketika masih berada dalam ayunan.”
Ibnu Katsir menyebutkan bahawa Maryma mengandung ‘Isa selama 9 bulan seperti wanita lain hamil. Ada yang mengatakan Maryam mengandung dalam beberapa jam sahaja. Wallahu ‘alam.
Ketika Maryam merasakan masa kelahiran segera tiba, Maryam pergi ke tempat yang jauh dan sepi hinggalah tiba di bawah sebuah pohon kurma yang tak berbuah. Membayangkan apa yang akan kaumnya tanggapi ketika dia melahirkan bayinya, Maryam berkata “Mengapa aku tidak mati saja sebelum ini, dan saya menjadi orang lupa dan dilupakan.”
Jibril datang dan menenangkan hatinya
Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang matang kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “ Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun hari ini.”
[Maryam, 19:24-26]
Dalam syari’at zaman itu, puasa tidak hanya kepada tidak makan dan tidak minum, tetapi juga tidak berbicara.
Seketika itu juga Allah menciptakan sungai di bawah kakinya dan menumbuhkan buah pada pohon kurma yang asalnya tidak berbuah.
Setelah Maryam melahirkan ‘Isa datanglah kaumnya menuduhnya yang bukan-bukan
Kaumnya berkata: “Wahai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat munkar. Wahai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina.”
[Maryam, 19:27-28]
Maryam kemudian menunjuk kepada anaknya tanpa bersuara. Mereka berkata “Bagaimana kami berbicara dengan anak yang masih berada dalam gendongan?” Maka berkatalah anak dalam gendongan itu
‘Isa berkata: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan dia menjadikan aku seorang yang berbakti di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku solat dan zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari meninggal dan pada hari aku dibangkitkan kembali.”
[Maryam, 19:30-33]
NABI ‘ISA DIANGKAT KE LANGIT
Bani Israel telah merencana untuk membunuh Nabi ‘Isa dan tatkala mereka menemui ‘Isa di suatu tempat, Allah telah menjadikan salah seorang muridnya menyerupai bentuknya dan Allah mengangkat ‘Isa ke langit dalam keadaan hidup.
Maryam mendengar anaknya telah dibunuh dari orang-orang Yahudi. Lalu Maryam pergi ke tempat yang anaknya tersalib dan mendapati anaknya telah tersalib tujuh hari sebelumnya. Dengan menyangka bahawa itu adalah anaknya, dia meminta orang menurunkannya untuk menguburkannya. Jibril datang kepadanya saat dia Maryam sedang berdiri dekat kuburan dan mengatakan bahawa Allah telah mengangkat anaknya ke langit dalam keadaan hidup. Lima tahun selepas peristiwa itu Maryam meinggal pada usia 53 tahun.
Ada hadith yang meriwayatkan bahawa Allah akan menikahkan Maryam binti ‘Imran denga Nabi Muhammad s.a.w. di syurga kelak.
Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Allah kelak akan menikahkan aku di syurga dengan Maryam binti ‘Imran, isteri Firaun dan dengan saudara perempuan Musa.”
[Hadith riwayat Imam Thabrani]
Ibnu ‘Asakir juga meriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w datang menemui Khadijah, saat sakit yang menyebabkannya meninggal, beliau bersabda “Khadijah jika kamu berjumpa dengan madu-madumu (para isteri nabi) nanti, sampaikan salam dariku.”
Khadijah menjawab “Rasulullah, bukankah sebelumku engkau tidak menikah?”
Rasulullah bersada “Tidak. Tetapi Allah kelak akan menikahkanku dengan Maryam binti ‘Imran, Asiya binti Firaun, dan Kultsum saudara perempuan Nabi Musa.”
Wallahu a’lam.....

A miracle indeed..Anything is possible if Allah wishes..kun fa yakuun~